01 July 2013

Mimpi Semalam

2 orang mayat terbujur di depanku, saatnya utk aku mengangkat takbir untuk solat jenazah tiba2 salah seorang mayat tersebut bergerak dan minta di bukakan ikatan kepalanya. Segera salah seorang tetamu membuka ikatan kepala jenazah tadi lantas selepas ikatan di buka jenazah yang tadinya kaku di depanku menyebut perkataan lemas lemas lemas kemudian jenazah tersebut diam kembali kaku menjadi mayat.

"itulah mimpi yang aku alami semalam"

Sesedarnya aku dari tidur jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, terlajak aku punya solat Subuh, mungkin letih. Pagi ini aku rasa kurang semangat tidak seperti hari sebelumnya dan tiada perancangan sedikit pun untuk hari ini kecuali untuk berjumpa dengan penyelia dan menyelesaikan urusan elaun pembantu penyelidik siswazah.

No comments:

Post a Comment